Suspek pengganas ditahan di Manila sejurus tiba dari KL

Suspek pengganas ditahan di Manila sejurus tiba dari KL

Hajar Abdul Mubin dipercayai anggota Abu Sayyaf diburu sejak 2012 kerana dipercayai terbabit dalam kes penculikan.

Hajar Abdul Mubin atau dikenali sebagai Abu Asri kini berada di lokap Taguig selepas tidak dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah Manila. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Seorang individu dipercayai anggota Abu Sayyaf, yang dikehendaki bagi kes penculikan, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, di Manila, pada malam Khamis.

Memetik laporan Philippine Star, Pengarah Polis Selatan Manila Jimili Macaraeg, berkata suspek, Hajar Abdul Mubin, diberkas pada 11.30 malam, sejurus tiba di Terminal 3 dari Malaysia.

Hajar kini ditahan di lokap Taguig selepas tidak dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah Manila.

Suspek pengganas itu melarikan diri sejak 2012 selepas mahkamah wilayah Zamboanga mengeluarkan waran tangkap atas pertuduhan menculik untuk mendapatkan tebusan.

Pada 2018, seorang lelaki warga Indonesia dan anak lelakinya dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana sengaja menyembunyikan maklumat berhubung identiti seorang individu disyaki kumpulan militan Abu Sayyaf, Hajar Abdul Mubin, atau lebih dikenali sebagai Abu Asri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.