
Arahan itu dikeluarkan melalui satu surat bertarikh 6 Jul.
Menurut laporan Awani, surat berkenaan ditandatangani oleh Setiausaha MPKB BRI Mohd Shaifudeen Md Salleh.
Difahamkan, semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri menerima arahan serupa bagi dikuatkuasakan di kawasan pentadbiran masing-masing.
Kandungan surat itu turut menyatakan, kesemua premis terbabit perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri dengan menutup operasi perniagaan pada hari raya pertama sahaja.
Kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan tindakan undang- undang yang tegas dikenakan terhadap pemilik premis termasuk pembatalan lesen perniagaan.
Difahamkan, notis pemakluman itu telah diedarkan kepada semua pemilik premis perniagaan seluruh Kelantan.