Kelar isteri, bayi; polis ambil keterangan 11 individu

Kelar isteri, bayi; polis ambil keterangan 11 individu

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata semua yang diambil keterangan ialah mereka berada di kawasan tersebut dan yang melihat kejadian itu.

Dalam kejadian 4 Jul, seorang lelaki mengelar isteri dan anak lelaki berusia tiga bulan sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Seramai 11 individu telah diambil keterangan membabitkan kes pembunuhan seorang wanita dan bayinya yang berusia tiga bulan di Kampung Bakar Batu, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata siasatan masih dijalankan dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan.

“Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terkini kes tersebut dan setakat ini, kita telah rakam percakapan 11 orang saksi yang berada di kawasan tersebut dan yang melihat kejadian itu,” katanya ketika ditemui dalam Op Lancar di Jalan Tebrau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes bunuh melibatkan suami kepada wanita berusia 26 tahun itu.

Kamarul Zaman berkata, suspek berusia 24 tahun itu memberikan kerjasama kepada pihak polis dan meminta orang ramai agar memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Pada 4 Jul lalu, lelaki itu disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan, ditahan di kawasan Permas Jaya di sini, beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemukan di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu.

Suspek ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang dan sebilah pisau pemotong daging padanya turut dirampas.

Suspek direman seminggu bermula 5 Jul lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.