Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Raya Aidiladha

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Raya Aidiladha

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

“Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua,” titah Baginda berdua dalam poster ucapan yang dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.