Buat siasatan lanjut, tidak adil batalkan keputusan Sejarah 15 calon SPM, kata GPMS

Buat siasatan lanjut, tidak adil batalkan keputusan Sejarah 15 calon SPM, kata GPMS

Presidennya, Mohd Alif Anas Md Noor berkata pihaknya akan menulis surat surat kepada LPM dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyiasat lebih lanjut insiden itu.

Tindakan LPM membatalkan keputusan subjek Sejarah bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan 15 calon di sebuah sekolah Putrajaya dibimbangi menjejaskan masa depan mereka, kata Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Mohd Alif Anas Md Noor.
PETALING JAYA:
Tindakan membatalkan keputusan subjek Sejarah membabitkan 15 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 kerana terbawa telefon bimbit masuk ke dewan peperiksaan di sebuah sekolah di Putrajaya disifatkan tidak adil.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Mohd Alif Anas Md Noor, berkata selain menyifatkan mampu menjejaskan masa depan calon itu, tindakan dibuat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) itu akan menyukarkan mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

Sehubungan itu, katanya, GPMS akan membantu mencari jalan penyelesaian bagi membela nasib dan masa depan 15 calon berkenaan.

“Tidak adil LPM mengambil tindakan membatalkan keputusan Sejarah tersebut.

“GPMS akan menghubungi dan menulis surat kepada LPM dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, 15 calon SPM 2021 itu dilapor dibatalkan keputusan subjek Sejarah mereka kerana terbawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.

KPM dan reaksinya menyatakan menghormati keputusan dan protokol yang telah dipatuhi oleh LPM mengenai tindakan berkenaan.

Alif berkata, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah terlibat seharusnya bersemuka dengan LPM dengan kadar segera bagi membincangkan isu tersebut.

Katanya, 15 calon SPM itu juga seharusnya membuat rayuan dan memohon jasa baik LPM bagi mendapatkan kompromi yang adil.

“GPMS berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera supaya masa depan 15 calon tersebut tidak terjejas disebabkan oleh satu keputusan berkaitan subjek Sejarah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.