3 maut, 4 parah dalam nahas di SKVE

3 maut, 4 parah dalam nahas di SKVE

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, semua warga asing yang menaiki Toyota Unser itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Keadaan Toyota Unser selepas bertembung dengan Honda HR-V di Lebuhraya Lembah Klang Selatan sekitar Pulau Carey, malam tadi. (Gambar JBPM)
SHAH ALAM:
Tiga lelaki warga asing maut, manakala tiga lagi lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sekitar Pulau Carey, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.42 malam dan apabila tiba di lokasi kemalangan, didapati sebuah Toyota Unser dan Honda HR-V bertembung yang mengakibatkan tujuh mangsa tersepit.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.16 tengah malam dengan tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semua warga asing yang menaiki Toyota Unser itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, manakala lelaki tempatan berkenaan memandu Honda HR-V.

Katanya, tiga mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, seorang lagi dibawa ke Hospital Banting dan tiga yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.