
Katanya, tinjauan penduduk kampung ke tandak takungan di Gunung Inas yang membekalkan air masyarakat ke Kampung Carok Kapas dan Kampung Carok Rotan Mas mendapati ia telah pecah akibat hilang upaya untuk menakung air yang banyak dan laju.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada tandak takungan air masyarakat ke kampung lain turut pecah.
“Takungan pecah seumpama ini turut menyumbang kepada pembentukan kepala air.
“Situasi ini tidak terakam dalam gambar udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pagi tadi (semalam),” katanya di Facebook.
Sebelum ini, penduduk Kampung Iboi mendakwa kejadian itu ada kaitan dengan projek tanaman durian kira-kira 1,200ha di puncak Gunung Inas sejak 2018.
Semalam, Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim berharap projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas dihentikan kerana ia didakwa antara punca banjir dan kepala air melanda beberapa kampung di Baling pada petang Isnin.
Sanusi bagaimanapun berkata, dakwaan itu perlu disahkan dengan maklumat lengkap, sebelum tuduhan dilemparkan kepada pihak terbabit.
Pada masa sama, katanya, kejadian banjir di Baling kelmarin menyamai fenomena kepala air di Yan pada 18 Ogos 2021.
“Aliran yang membentuk kepala air itu adalah air yang terkumpul di alur-alur sepanjang Gunung Inas yang mengalir serentak dan disekat dengan kayu dahulu kemudian turun serentak ke bawah, ia menyamai kepala air yang berlaku di Gunung Jerai pada tahun lalu,” katanya semalam.
Sanusi berkata, imej dirakam dari helikopter JBPM pada awalnya mendapati tandak air yang dibina penduduk dan pengusaha tanaman durian tidak pecah, tetapi dipenuhi pasir.