
Menurut rakan keluarga, beliau disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam di sisi ahli keluarga. Urusan pengebumian akan diumumkan kemudian.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Subra, mengalami perdarahan serebrum akibat tekanan darah tinggi pada November 2011.
Subra koma susulan pembedahan dan sejak itu berada keadaan berkenaan di rumahnya.
Beliau merupakan timbalan presiden MIC paling lama berkhidmat bermula 1979 hingga 2006, yang menyaksikan pertembungannya dengan presiden, S Samy Vellu.
Subra juga pernah menjadi Ahli Parlimen Damansara dan Segamat selama enam penggal dan pernah dilantik senator selama dua penggal, sejak kerjaya politiknya bermula pada 1974. Selepas pertembungannya dengan Samy Vellu, beliau digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2004.
Subra juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri bagi beberapa penggal bawah pentadbiran bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi.