Agenda perpaduan ummah disambut tangisan ‘malaikat’ sudah hancur, kata Amirudin

Agenda perpaduan ummah disambut tangisan ‘malaikat’ sudah hancur, kata Amirudin

Pengerusi PH Selangor itu merujuk perpaduan ummah antara Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional yang dingin ketika ini.

Amirudin Shari menasihatkan rakyat supaya tidak termakan agenda perpaduan ummah yang dilaungkan Umno dan PAS dulu kerana ia adalah taktik untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan.
PETALING JAYA:
Agenda perpaduan ummah Umno dan PAS sudah hancur, oleh itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Amirudin Shari menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan taktik untuk memecahbelahkan gabungan berkenaan.

Beliau merujuk perpaduan ummah antara Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) yang dingin ketika ini.

“Bila mereka tengok PH mentadbir tidak ada isu besar berlaku, mereka hasut orang-orang kita, bangkitkan isu kaum, perpaduan ummah, sekarang mana ada perpaduan ummah? Tidak ada lagi.

“Dulu alasan dia ‘malaikat’ turut menangis bertakbir dengan perpaduan ummah, sekarang menangis bertakbir ke tidak? Sudah pecah, tidak ada dengar perpaduan ummah, sudah berpecah ummah, Umno, PAS tak bergabung, sebab itu jangan termakan dengan permainan ini.”

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah jelajah harapan Selangor di Tanjong Karang malam tadi yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Amirudin turut mendakwa Umno, Barisan Nasional terbabit secara langsung atau tidak langsung untuk memecahbelahkan PH.

“Dia tahu kalau lebih satu penggal PH perintah Putrajaya, sebagaimana berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sendiri (yang ditadbir PAS), mereka nak dapat balik sama ada berpeluh atau langsung tak ada peluang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.