Tuduhan mahu rosak reputasi, Hans Isaac nafi terlibat politik wang

Tuduhan mahu rosak reputasi, Hans Isaac nafi terlibat politik wang

Pegawai politik Hans Isaac berkata pemilihan dibuat menggunakan sistem demokrasi oleh pengundi PKR di Ampang selain sokongan pengundi atas pagar yang mahukan pembaharuan.

Hans Isaac meraih 748 undi selepas pemilihan semula dilakukan pada Rabu berikutan kes salah laku pengundian di bahagian Ampang pada hujung Mei lalu.
PETALING JAYA:
Surat aduan rasmi yang mendakwa Ketua PKR Bahagian Ampang Hans Isaac mengamalkan politik wang ketika Pemilihan PKR 2022 dilihat cuba menjatuhkan nama baik serta reputasi karier politik pengarah dan pelakon itu.

Pegawai politiknya, Nadhirah Farhanah, berkata ketika pemilihan dibuat, ia menggunakan sistem demokrasi oleh pengundi PKR di Ampang, selain sokongan pengundi atas pagar yang mahukan pembaharuan.

“Hans Isaac selaku penyandang ketua PKR bahagian Ampang yang baharu tidak pernah sama sekali mengamalkan politik wang bagi meraih undi, malah beliau serta pasukan sentiasa bersikap profesional dan berintegriti dalam melaksanakan sesuatu tugas.

“Sekali lagi, ditegaskan bahawa Hans Isaac sama sekali tidak terlibat dan menafikan semua dakwaan yang dilempar serta tohmahan palsu tersebut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Nadhirah berkata, pihaknya akan menyerahkan kenyataan rasmi dan laporan kepada pihak berwajib termasuk Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi meneliti aduan dan tuduhan untuk menepis segala fitnah yang dilemparkan.

Pada Jumaat, Hans Isaac berjaya memenangi jawatan ketua PKR Ampang dalam pemilihan parti itu.

Beliau meraih 748 undi selepas pemilihan semula dilakukan pada Rabu berikutan kes salah laku pengundian di bahagian berkenaan pada hujung Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.