
Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima laporan berhubung rusuhan itu kira-kira 9 pagi semalam daripada seorang lelaki.
Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ke lokasi kejadian dan menahan 15 lelaki serta empat wanita berusia 15 hingga 27 tahun.
“Siasatan awal mendapati, pergaduhan itu berlaku disebabkan perebutan teman wanita.
“Dalam serbuan itu, turut dirampas sebatang kayu besbol yang disyaki digunakan salah seorang suspek semasa kejadian yang menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.
“Semakan terhadap 19 suspek mendapati dua daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.