Tak perlu terdesak, pembantu rumah telah tiba, majikan diberitahu

Tak perlu terdesak, pembantu rumah telah tiba, majikan diberitahu

Menteri Sumber Manusia M Saravanan menggesa agar pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui 'saluran tidak rasmi' dihentikan memandangkan mereka sudah mulai tiba di negara ini.

Pekerja domestik yang sudah mulai tiba itu adalah kumpulan pertama di bawah MoU yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia.
PUTRAJAYA:
Pekerja domestik sudah tiba di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan yang menggesa agar pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui “saluran tidak rasmi” dihentikan.

“Pekerja (domestik) sudah mula tiba. Majikan tidak perlu terdesak. Kita tidak patut menggalakkan majikan melakukan perkara ini,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada satu majlis hari ini.

Beliau mengulas laporan The Star bahawa terdapat segelintir majikan yang terdesak telah beralih ke media sosial dan ejen sambilan untuk mengambil pembantu rumah.

Kumpulan pertama pekerja domestik itu dijangka tiba pada 31 Mei. Bagaimanapun kemudiannya dilaporkan bahawa proses tersebut menjadi lewat kerana mereka perlu menjalani latihan sebelum berlepas diikuti ujian yang mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.

Pekerja yang tiba itu adalah kumpulan pertama di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia.

MoU itu bertujuan menjamin kebajikan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia lebih baik dan mereka akan dibayar gaji minimum bulanan semasa sebanyak RM1,500.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.