Kejohanan Dunia: Pandelela, Dhabitah raih gangsa 10m platform seirama

Kejohanan Dunia: Pandelela, Dhabitah raih gangsa 10m platform seirama

Gandingan penerjun wanita negara itu berjaya mengumpul 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan secara keseluruhan.

Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun negara selepas meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia 2022. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
Gandingan penerjun wanita Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun negara apabila meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia 2022, lewat malam tadi.

Gandingan Pandelela-Dhabitah di Arena Duna di Budapest, Hungary berjaya mengumpul 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan secara keseluruhan.

Pingat emas milik penerjun dari China menerusi gandingan juara Olimpik serta dunia, Quan Hongchan dan rakannya Chen Yuxi yang mengumpul 368.40 mata.

Sementara, pingat perak diraih penerjun dari Amerika Syarikat, Delaney Schnell-Katrina Young yang mengumpul 299.40 mata.

Pada Selasa lalu, kem terjun negara memulakan kempen kejohanan dunia itu dengan meraih pingat gangsa menerusi Pandelela bagi acara 10m platform wanita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.