Hans Isaac menang ketua PKR bahagian Ampang

Hans Isaac menang ketua PKR bahagian Ampang

Bekas pengerusi Finas itu memuat naik gambar dirinya menandatangani dokumen dengan kapsyen "Happy to announce officially that it's official".

Hans Isaac menang dalam perebutan jawatan ketua PKR bahagian Ampang menerusi pemilihan semula parti yang diadakan Rabu lalu.
PETALING JAYA:
Pelakon dan penerbit, Hans Isaac menang dalam persaingannya untuk merebut jawatan ketua PKR bahagian Ampang.

Menerusi akaun Instagramnya, bekas pengerusi Finas itu memuat naik gambar dirinya menandatangani dokumen dengan kapsyen “Happy to announce officially that it’s official” diikuti dengan tanda pagar “Ketua Cabang Ampang” (Ketua bahagian Ampang).

Pemilihan semula diadakan di bahagian PKR Ampang pada Rabu selepas keputusan pemilihan bahagian dibatalkan berikutan dakwaan ketua bahagian yang baharu dipilih terlibat dalam pembelian undi.

Sebelum ini dilaporkan Daing Muhammad Reduan Bachok menang dalam pertembungan enam penjuru bagi jawatan itu menentang Hans dan empat calon lain. Daing hilang kelayakan daripada pemilihan semula itu.

FMT cuba menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Dr Zaliha Mustafa untuk mendapatkan komen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.