
Solution Group Bhd rakan pengeluar CanSino Biologics Inc di ASEAN dalam kenyataan semalam memaklumkan vaksin itu diluluskan untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin yang mereka terima pada awal vaksinasi Covid-19.
Kenyataan itu juga menyebut Convidecia juga kan diberikan sebagai dos penggalak selepas sekurang-kurangnya tiga bulan menerima dos kedua vaksinasi utama mereka.
“Ia juga yang pertama dan satu-satunya vaksin Covid-19 dari China yang dimasukkan dalam program vaksinasi heterologous di Malaysia yang boleh diberikan sebagai ‘mix-and-match’ bersama kedua-dua Pfizer-BioNTech dan vaksin Covid-19 AstraZeneca,” menurut kenyataan itu.