Polis buru lelaki tunjuk kemaluan kepada pelajar

Polis buru lelaki tunjuk kemaluan kepada pelajar

Berdasarkan laporan mangsa, kejadian itu berlaku di tempat letak kereta awam di hadapan kompleks sekolah.

Polis berkata, mangsa mendakwa didekati seorang pemuda yang bertanyakan sesuatu, sebelum dia tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya.
PETALING JAYA:
Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Presint 9 (2), Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz berkata, gerakan itu dilancarkan selepas pihaknya menerima laporan daripada dua pelajar Tingkatan 3 di sekolah berkenaan pada hari kejadian.

Berdasarkan laporan mangsa katanya, kejadian itu berlaku di tempat letak kereta awam di hadapan kompleks sekolah itu.

“Menurut laporan, mangsa mendakwa didekati seorang pemuda yang menaiki kereta Proton Persona berwarna kelabu dan bertanyakan sesuatu kepada pelajar itu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek kemudian tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan berkenaan.

Katanya, pelajar yang ketakutan itu segera melarikan diri, namun sempat merakam gambar dan nombor pendaftaran kereta berkenaan.

“Polis giat menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.