Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk pagi ini

Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk pagi ini

Negeri yang dijangka menerima amaran cuaca buruk itu adalah Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk diramal berlaku di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tujuh negeri sehingga 9.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk dijangka berlaku di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor dijangka melibatkan Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sementara Kuala Lumpur turut mengalami amaran sama.

“Pahang pula membabitkan dua kawasan, iaitu Bentong dan Bera manakala Johor melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang,” menurut agensi itu.

Katanya, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka turut menerima amaran sama.

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.