Pengecualian sewa kantin, premis di sekolah dilanjut 6 bulan lagi

Pengecualian sewa kantin, premis di sekolah dilanjut 6 bulan lagi

Menteri Pendidikan, Radzi Jidin berharap keputusan itu dapat memberi kelegaan buat pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah bawah KPM.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, lanjutan hingga 31 Dis itu mengambil kira situasi ekonomi semasa serta keadaan pengusaha kantin dan penyewa premis dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.
KUALA LUMPUR:
Pengecualian sewaan kantin dan premis dalam sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dilanjutkan enam bulan lagi sehingga 31 Dis ini, kata Menteri Pendidikan, Radzi Jidin.

Beliau berkata, lanjutan itu mengambil kira situasi ekonomi semasa serta keadaan pengusaha kantin dan penyewa premis dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

“Tempoh dua tahun yang lalu merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi pengusaha kantin dan juga penyewa premis di sekolah KPM.

“KPM yakin lanjutan enam bulan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM dan seterusnya memberi manfaat kepada warga sekolah,” katanya dalam video di Facebooknya.

Radzi berharap keputusan melanjutkan pengecualian itu dapat memberi kelegaan kepada pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah bawah KPM.

Sebelum ini, dilaporkan KPM memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang perniagaan di bawah kementerian itu bagi tempoh enam bulan bermula Julai 2021 sebelum melanjutkannya untuk tempoh enam bulan lagi sehingga bulan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.