Lelaki cuba sogok polis kerana memandu tanpa lesen dicekup SPRM

Lelaki cuba sogok polis kerana memandu tanpa lesen dicekup SPRM

Sumber berkata, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Suspek yang juga pemegang pas IMM13 akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut, menurut sumber SPRM.
KOTA KINABALU:
Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai cuba merasuah pegawai polis RM650 bagi mengelak dikenakan tindakan selepas memandu tanpa lesen.

Sumber berkata, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh terbabit ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek yang juga pemegang pas IMM13 akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

“Tangkapan ini adalah hasil kerjasama dengan pihak polis dalam usaha kami untuk memerangi rasuah,” katanya.

Karunanithy turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memberikan sebarang sogokan kepada mana-mana anggota penguatkuasa atau penjawat awam kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.