Ipoh dilanda banjir kilat

Ipoh dilanda banjir kilat

Terdapat kereta yang terperangkap di kawasan banjir dan beberapa rumah dinaiki air namun paras air mulai surut kira-kira 5 petang.

Bomba menerima panggilan mengenai banjir melanda di pusat beli-belah Aeon Kinta City, Canning Garden dan Taman Cempaka bermula 4.08 petang tadi. (Gambar Bomba Perak)
IPOH:
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh dilanda banjir kilat petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir melanda di pusat beli-belah Aeon Kinta City, Canning Garden dan Taman Cempaka bermula 4.08 petang tadi.

“Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Simpang Pulai segera dikerahkan bagi kerja-kerja menyelamat dan memantau keselamatan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati terdapat kereta yang terperangkap di kawasan banjir dan beberapa rumah dinaiki air namun paras air mulai surut pada kira-kira 5 petang.

“Semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan setakat ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.