
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah berkata, sebaik menerima panggilan pada 7.16 malam, enam anggota BBP Pasir Tumboh bersama lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat saksi, kedua-dua mangsa dilihat kali terakhir mandi di sungai itu pada 6.45 petang sebelum tenggelam.
“Anggota PPDA melakukan selaman serta pencarian di permukaan sungai dalam radius 200 meter sekitar lokasi adalah mangsa tenggelam.
“Maklumat awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hafiz, 17, dan Mohd Lokman, 18, pergi ke sungai tersebut bersama sembilan lagi rakan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung semula pagi ini dan difahamkan jarak antara lokasi kejadian dengan pondok pengajian pelajar tersebut kira-kira 200 meter.