
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, ini kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu adalah khusus terhadap lembu hidup.
“Masalah (terjejas) bekalan tidak timbul kerana selalunya kalau (daging) permintaan tinggi pada musim perayaan Aidilfitri, (manakala) Aidiladha orang tunggu lembu hidup.
“Jadi insya-Allah tidak ada isu dan (bekalan daging terjejas) pun ditampung oleh tempat lain,” katanya menurut laporan Bernama.
Dalam pada itu, berhubung status penggantungan itu, beliau berkata, perkara itu masih dalam proses siasatan.
Pada 14 Mei lepas, kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods International Lobethal dilaporkan digantung serta-merta sehingga hasil siasatan menyeluruh diperoleh.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Hakimah Mohd Yusoff dipetik sebagai berkata, keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jakim dengan pihak berkuasa Australia, iaitu Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE) pada 13 Mei lalu.