Kerajaan pastikan industri pelancongan mampan, inklusif dan berdaya tahan, kata Nancy

Kerajaan pastikan industri pelancongan mampan, inklusif dan berdaya tahan, kata Nancy

Menteri pelancongan, seni dan budaya berkata, usaha kerajaan untuk memacu pemulihan industri pelancongan selepas pandemik Covid-19 membuahkan hasil.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri (tengah) bersama anggota delegasi pada perjumpaan meja bulat menteri-menteri UNWTO di Maldives.
PETALING JAYA:
Malaysia komited untuk memastikan sektor pelancongan negara lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan sejajar dengan aspirasi Organisasi Pelancongan Dunia (WTO), kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri.

Dalam ucapannya pada mesyuarat bersama ke-34 Suruhanjaya UNWTO untuk Asia Timur dan Pasifik ke-34 & Suruhanjaya UNWTO untuk Asia Selatan (CAP-CSA) di Maldives, Nancy berkata Malaysia di landasan betul untuk mencapai sasarannya menerima dua juta ketibaan antarabangsa pada 2022.

Nancy yang juga pengerusi bersama CAP-CSA berkata, usaha kerajaan untuk memacu pemulihan industri pelancongan selepas pandemik Covid-19, termasuk pembukaan semula sempadan dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022, telah membuahkan hasil.

Setakat ini saja peningkatan tahun ke tahun sebanyak 64% bagi ketibaan antarabangsa telah dilihat di rantau Asia Pasifik, seperti diterbitkan dalam laporan terbaru UNWTO World Tourism Barometer.

Nancy yang juga berucap dalam mesyuarat meja bulat menteri UNWTO berkata, pandemik membawa kepada pelbagai penyelesaian berkaitan perjalanan. Katanya, di Malaysia kawalan sempadan telah dilonggarkan sedikit demi sedikit untuk aktiviti pelancongan tersasar.

“Contohnya, kejayaan pelaksanaan inisiatif Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sejak November 2021 membolehkan kemasukan tanpa kuarantin ke destinasi pelancongan popular Malaysia itu, untuk lebih 5,800 pelancong antarabangsa, dan menjana pendapatan lebih RM28 juta dalam tempoh tiga bulan pertama.”

Dalam satu sesi lain melibatkan acara UNWTO, Nancy turut bercakap mengenai kejayaan pelancongan berasaskan masyarakat di Malaysia.

Peserta acara UNWTO di Maldives termasuk menteri, duta, ketua organisasi pelancongan kebangsaan dan delegasi dari 30 negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.