Aksi tepuk punggung, SKMM siasat pengasas produk, selebriti

Aksi tepuk punggung, SKMM siasat pengasas produk, selebriti

MCMC berkata orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh tidak memuat naik kandungan bertentangan undang-undang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat ketiga-tiga individu itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan serta selebriti terkenal yang memuat naik kandungan berunsur sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok.

Susulan aduan daripada orang ramai berhubung tindakan individu berkenaan, SKMM dengan kerjasama polis akan menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam.

SKMM berkata, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, siasatan dibuat MCMC merujuk kepada aksi tepuk punggung membabitkan tiga selebriti dan usahawan.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kecaman daripada warganet kerana tidak sopan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.