Digantung MCA kerana berkempen dengan Dr M, taikun akan bertemu Wee

Digantung MCA kerana berkempen dengan Dr M, taikun akan bertemu Wee

Lee Kim Yew berkata dia idak bersetuju dengan keputusan MCA yang menggantungnya selama setahun kerana menyokong atau bekerja bagi pihak pembangkang dalam apa jua kedudukan.

Taikun Lee Kim Yew berkata, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon akan membantu mengatur pertemuannya dengan Wee.
PETALING JAYA:
Taikun Lee Kim Yew akan bertemu dengan Presiden MCA, Wee Ka Siong bagi membincangkan penggantungan keahliannya selama setahun kerana berkempen dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya negeri Johor.

Dalam satu kenyataan, Lee berkata Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon akan membantu mengatur pertemuannya dengan Wee.

Beliau turut tidak setuju dengan keputusan MCA untuk menggantung keahliannya dan akan membuat rayuan rasmi kepada jawatankuasa pusatnya dalam langkah seterusnya.

Menurut surat penggantungan itu, Lee melanggar tata kelakuan parti dengan menyokong ataupun bekerja bagi pihak pembangkang dalam apa jua kedudukan, serta menyertai atau menyokong sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh parti pembangkang”.

Pada 3 Mac, Lee dilaporkan telah berkempen bersama Mahathir di Ayer Hitam, di mana beliau menggesa masyarakat Cina supaya mengundi Pejuang pada pilihan raya negeri Johor.

Lee, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Country Heights turut membidas bekas perdana menteri Najib Razak, dengan memberi amaran kepada orang awam supaya tidak bergaul dengan ‘orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah”.

Penggantungan keahlian Lee berkuat kuasa dari 7 Jun, dan beliau mempunyai 14 hari untuk membuat rayuannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.