
Katanya, jika individu memiliki 15g heroin boleh dikenakan hukuman gantung kerana dianggap mengedar dadah, namun bagi syabu dan pil ekstasi pula pada 50g.
“Jadi untuk syabu kita nak kurangkan beratnya daripada 50 kepada 15g sebab dadah jenis ini paling banyak digunakan penagih ketika ini. Kita sudah cadang kepada Kementerian Dalam Negeri sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Dalam pada itu, Ayub berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya beberapa jenis bahan kimia baharu diguna dalam pembuatan dadah sintetik disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam Akta Dadah (ADB) Berbahaya 1952.
“Bahan-bahan baharu ini digunakan dalam menghasilkan dadah seperti syabu, ketamin dan pil yaba perlu disenaraikan bagi menangani masalah dadah.
“Di luar negara lebih 900 bahan-bahan kimia disenaraikan sedangkan di Malaysia hanya ada 60 jenis dalam ADB 1952,” katanya.