
Hari ini, Exco Pulau Pinang Yeoh Soon Hin, mendakwa Bon Odori tetap akan dianjurkan di Padang Kota Lama, pada 30 Julai, memandangkan sambutan itu tidak mengandungi elemen pemujaan atau upacara keagamaan tertentu.
Memetik Harian Metro, beliau berkata, dalam konteks Pulau Pinang sambutan berkenaan tidak mengandungi kedua-dua elemen terbabit.
Dalam pada itu, Wan Salim berkata, cara memperingati roh nenek moyang dengan cara menari, memuja roh mereka dan sebagainya tidak digalakkan dalam Islam malah dibimbangi akan terjatuh ke dalam dosa syirik kepada Allah.
“Oleh kerana festival ini ada kaitan dengan memperingati semangat atau roh nenek moyang maka dibimbangi ia boleh membawa kepada syirik.
”Saya ingin menasihatkan umat Islam agar sentiasa memelihara kemurnian akidah Islamiyah masing-masing dengan mengelak daripada terlibat dalam festival seperti ini,” katanya menurut laporan Kosmo.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program Festival Bon Odori mempunyai unsur keagamaan lain.