Wanita antara 3 ditahan curi komponen kereta

Wanita antara 3 ditahan curi komponen kereta

Polis turut merampas satu tayar bersama sport rim yang dipercayai barang kes yang hilang, tiga telefon bimbit serta dua kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Wira yang digunakan semasa kejadian.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, ketiga-tiga suspek direman hingga 7 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seorang wanita dan dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes curi sport rim dan tayar kereta di sebuah bengkel di Industrial Park, Ampang, semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan hari ini berkata polis turut merampas satu tayar bersama sport rim yang dipercayai barang kes yang hilang, tiga telefon bimbit serta dua kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Wira yang digunakan semasa kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada pekerja bengkel itu bahawa kesemua tayar serta sport rim kereta jenis Honda Accord milik pelanggan telah dicuri semasa hendak membuka bengkel pada 24 Mei lepas.

“Suspek berumur 23 hingga 33 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah. Mereka direman hingga 7 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.