Lagi calon pemilihan PKR desak audit forensik

Lagi calon pemilihan PKR desak audit forensik

Justifikasi bahawa anggota yang mengundi tidak wajib mengundi setiap jawatan dalam pemilihan untuk menjawab keraguan berkenaan jumlah undian yang diterima merupakan andaian yang tidak bernas, kata calon jawatankuasa Pemuda PKR, Farah Aina.

Lebih 26,000 undi pada pemilihan PKR tidak dikira, menurut seorang calon naib presiden. Jawatankuasa pilihan raya bagaimanapun menolak dakwaan berkenaan.
PETALING JAYA:
Seorang lagi calon pemilihan PKR menggesa dilakukan audit forensik pada pemilihan parti yang diadakan baru-baru ini, susulan timbul keraguan terhadap proses pemilihan berkenaan.

Farah Ariana, calon jawatankuasa Pemuda PKR, berkata andaian semata-mata tidak mencukupi untuk menjelaskan keraguan terhadap pemilihan yang berlangsung.

“Justifikasi bahawa anggota yang mengundi tidak wajib mengundi setiap jawatan dalam pemilihan untuk menjawab keraguan berkenaan jumlah undian yang diterima merupakan andaian yang tidak bernas.

“Andaian itu wajar diperkukuhkan dengan mempertimbangkan pendekatan untuk menjernihkan sebarang rasa curiga di kalangan anggota.

“Langkah ini wajar bagi mengelak sebarang salah tanggap anggota terhadap perjalanan pemilihan kali ini.” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas pemimpin PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak awal hari ini berkata, audit forensik perlu untuk menyelesaikan keraguan mengenai manipulasi pengundi dan kekurangan ketelusan dalam proses pengiraan undi.

Khamis lalu beliau berkata, terdapat percanggahan lebih daripada 26,000 undi tidak dapat diambil dan angka pengundian tidak dikira.

Bagaimanapun, Pengerusi Pemilihan PKR Dr Zaliha Mustafa malam tadi berkata, tidak semua 147,000 pengundi mengundi untuk memilih kepimpinan pusat, dan ramai ahli memutuskan untuk mengundi pemimpin di peringkat bahagian sahaja.

Farhash juga seorang calon bahagian dan bertanding merebut jawatan ketua bahagian Gombak menentang penyandang, Amirudin Shari.

Kedua-duanya juga merupakan pesaing untuk satu daripada empat jawatan naib presiden.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.