
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar, Perak, itu pada kira-kira 3.05 petang.
“Pihak polis daerah Kuala Kangsar hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan tersebut,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama.
“Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak turut tiba di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.”
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa yang dipercayai dibunuh dan dibakar di tempat sama itu adalah seorang wanita berdasarkan penelitian keadaan fizikalnya, katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Mohd Subkey Alias menerusi talian 013-9285436.