
Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini, syarikat itu berkata, ia sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menangani status PN17 itu.
PN17 adalah klasifikasi syarikat senaraian awam yang berdepan masalah kewangan dan ia perlu mengemukakan cadangan mengenai penstrukturan semula bagi mengekalkan status penyenaraiannya.
“Seperti yang diumumkan oleh syarikat pada 10 Mac 2022, syarikat itu memperoleh perintah menurut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016 untuk mengadakan mesyuarat bagi berunding dengan pemiutang.
“Jika difikirkan sesuai untuk meluluskannya, cadangan skim pengaturan dan kompromi antara syarikat dan pemiutangnya akan dilakukan,” katanya.
Sapura Energy berkata, syarikat itu kini sedang menjalankan bukti pelaksanaan hutang berhubung dengan cadangan skim pengaturan itu.