Kumpulan pertama pekerja asing sektor ladang tiba malam ini

Kumpulan pertama pekerja asing sektor ladang tiba malam ini

Pekerja dari Indonesia itu dijadualkan tiba di KLIA pada 8.10 malam ini.

Kerajaan bersetuju mempercepatkan pengambilan 32,000 pekerja asing ke Malaysia.
PETALING JAYA:
Kumpulan pertama pekerja asing bagi sektor perladangan akan tiba malam ini selepas pengambilan buruh asing dibekukan ketika pandemik Covid-19.

Pekerja dari Indonesia itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.10 malam.

Ketibaan mereka akan disambut oleh Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

September lalu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Sumber Manusia bersetuju mempercepatkan pengambilan 32,000 pekerja asing ke Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, pekerja tersebut dijangka tiba pada Mei dan Jun ini di bawah kuota khas kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.