Cubaan seludup 1.35 tan daun ketum dari Kedah ke Johor gagal

Cubaan seludup 1.35 tan daun ketum dari Kedah ke Johor gagal

Polis turut menahan dua lelaki tempatan dalam sekatan jalan di Hentian Rehat dan Rawat kira-kira 11.30 malam.

Polis merampas 135 bungkusan daun ketum yang setiap satu dianggarkan seberat 10kg dan dianggarkan bernilai RM16,200. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Polis menahan dua lelaki yang dipercayai cuba menyeludup 1.35 tan daun ketum dari utara ke selatan tanah air menggunakan lori malam tadi.

Dua warga tempatan yang berusia 35 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) arah selatan di Gurun, Kedah kira-kira 11.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Mohd Mahiri Hussin berkata, hasil pemeriksaan, 135 bungkusan plastik berisi daun ketum ditemui dalam lori berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati daun ketum itu dipercayai dibawa dari Pokok Sena untuk dihantar ke Kluang, Johor bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

“Setiap bungkusan plastik dianggarkan seberat 10kg dan semua 135 bungkusan berisi daun ketum yang dianggarkan bernilai RM16,200 itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.