Bergaduh di hospital Temerloh, polis buru pelawat, pengawal keselamatan

Bergaduh di hospital Temerloh, polis buru pelawat, pengawal keselamatan

Polis berkata, kejadian itu dikatakan berpunca daripada pelawat tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan melengahkan waktu pertukaran penjaga di salah sebuah wad.

Tangkap layar daripada video tular sekumpulan lelaki bergaduh di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang bergaduh di pekarangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang, selepas klip video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, laporan diterima pada 1.30 tengah hari semalam berhubung klip video 10 saat itu membabitkan pergaduhan beberapa lelaki dengan pengawal keselamatan hospital berkenaan.

“Difahamkan pengawal keselamatan hospital berkenaan bertengkar dengan pelawat hospital.

“Kejadian itu dikatakan berpunca daripada tindakan pelawat hospital yang tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan terbabit kerana melengahkan waktu pertukaran penjaga (pelawat) di salah sebuah wad di hospital itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan saksi kejadian diminta tampil memberikan laporan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.