
Johari yang juga ahli Parlimen Sungai Petani memperoleh 464 undi, manakala Tze Min mendapat 567 undi, majoriti 103 undi.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua PKR Kedah, Che Mat Dzaher Ahmad, juga mengalami kekalahan di bahagian Pokok Sena selepas meraih 137 undi.
Sementara itu, penyandang Ketua Bahagian Alor Setar Zamri Yusof mempertahankan kedudukannya selepas menang 270 undi dengan majoriti 140 mendahului pencabar terdekatnya, Ismail Feisol yang hanya meraih 130 undi.
Menurut laporan Sinar Harian, bekas naib ketua PKR Kedah Nasrul Omar Che Mansor juga tewas di bahagian Kubang Pasu selepas meraih 67 undi sahaja.
Dalam pada itu, bekas ketua Pemuda PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari yang bertanding jawatan timbalan ketua bahagian Jerai kalah selepas sekadar meraih 141 undi berbanding pencabar terdekatnya Nazri Abdullah yang mendapat 191 undi dengan majoriti 50 undi.