
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman berkata, kriteria utama yang perlu diambil kira adalah kebolehan dan kemampuan calon itu melaksanakan tugas.
“Kita tidak lihat tempat Zuraida itu untuk wanita sahaja, melainkan beliau adalah ketua Srikandi Bersatu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, lazimnya, keutamaan diberikan kepada ahli Parlimen, diikuti senator atau ahli MPT.
“Itulah kelazimannya. Tapi, boleh juga dia tiba-tiba pergi lantik ahli Parlimen yang bukan MPT.”
Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, MPT belum mengadakan perbincangan untuk mencadangkan nama calon.
Ini kerana, katanya, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mempunyai prerogatif membincangkan calon menggantikan Zuraida dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
“Kami di pihak pucuk pimpinan parti serahkan kepada presiden (Muhyiddin) untuk berunding dengan perdana menteri,” katanya.