Kontrak guru interim lantikan 2019 lanjut setahun lagi

Kontrak guru interim lantikan 2019 lanjut setahun lagi

Pelanjutan tempoh itu bagi membolehkan urusan temuduga dan lantikan tetap untuk guru yang memenuhi syarat.

KPM memaklum pelanjutan tempoh kontrak guru interim 2019 bagi membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap guru yang memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
PETALING JAYA:
Tempoh perkhidmatan guru interim lantikan 2019 dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan pelanjutan tempoh itu adalah bagi membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap guru yang memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

KPM berkata, bagi guru interim lantikan sebelum 2019, mereka perlu memastikan syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi.

“Ia bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temu duga dan lantikan tetap,” kata kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.