Bas persiaran terbakar di lebuh raya

Bas persiaran terbakar di lebuh raya

Menurut polis, bas yang membawa lima penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Polis berkata, bas terbabit dipercayai mengalami kerosakan enjin menyebabkan ia terbakar bagaimanapun pemandu serta penumpang sempat menyelamatkan diri. 
SEREMBAN:
Sebuah bas persiaran terbakar 90% dalam kejadian di Kilometer 27.93 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang semasa bas yang membawa lima penumpang itu dalam perjalanan dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

“Bas itu dipercayai mengalami kerosakan enjin menyebabkan ia terbakar. Bagaimanapun pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri… tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Trafik sesak kira-kira sejam susulan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 hampir sejam kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.