
Menurut laporan Bernama, semua lelaki berusia 38 hingga 49 tahun itu ditahan di Kedah dan Kuala Lumpur semalam.
Katanya, seorang ditahan di Pejabat SPRM Kedah, manakala lima lagi ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur antara 10.28 pagi hingga 5.24 petang.
“Semuanya akan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 serta penjamin,” katanya.
Mereka dipercayai menggunakan penyata akaun palsu banyak syarikat dalam permohonan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di wilayah utara.
Penahanan itu disahkan Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap yang berkata, kes itu masih dalam siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.