Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Antara negeri terlibat Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
PETALING JAYA:
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 1 tengahari, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter memaklumkan bahawa antara negeri terlibat adalah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Negeri Sembilan ia meliputi kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.