
Beliau berkata, perkara berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet semalam, yang diawalkan bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.
“Semua kementerian juga diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Sebelum ini, Ismail turut mengumumkan pemansuhan AP bahan makanan dalam usaha memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
Isu jaminan bekalan makanan menjdapat perhatian serius selepas Indonesia dilaporkan melarang eksport kelapa sawit yang diikuti dengan langkah India melaksanakan larangan eksport gandum.
Terbaharu, ayam menjadi isu yang hangat diperkatakan selepas bekalannya dilaporkan berkurangan dalam negara.
Semalam, perdana menteri turut mengumumkan bahawa AP ayam dimansuhkan, termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport menyediakan lebih banyak sumber bekalan itu sebagai langkah jangka pendek mengatasi isu bekalan ayam buat masa ini.