
Menteri Pelajaran, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn berkata, projek yang telah siap itu adalah antara 455 projek yang diluluskan untuk dilaksanakan.
“Sebanyak 565 lagi sekolah usang masih lagi dalam pertimbangan bagi pembangunan masa depan,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya bagi usul menjunjung kasih titah Yang Dipertua Negeri Sarawak sempena perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Dari segi pembiayaan untuk projek berkenaan beliau berkata, kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pendidikan memperuntukan RM1.7 bilion untuk 242 projek pembangunan sekolah sejak 2016.
Kerajaan Sarawak menyuntik RM1.3 bilion bagi 213 projek pembangunan sekolah yang merangkumi bayaran pendahuluan RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan, projek rakyat (RM140 juta) dan projek menaik taraf sekolah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) (RM160 juta), katanya.