
Gabriele Jungkak anak Steward, 23, mengaku melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 567 pada 9 pagi, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.
Jika gagal membayar denda itu, Gabriele boleh dipenjara tiga bulan.
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangnya ke dalam tong sampah milik TS Dineshwaran membabitkan kerugian RM25.
Gabriele didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong memohon hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh berbentuk pengajaran dan pencegahan supaya menjadi iktibar kepada masyarakat.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.
Minggu lalu, tular video kurang seminit di media sosial memaparkan seorang lelaki membuang sebuah patung dipercayai patung keagamaan ke dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah.