
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman, agar kes ditangguhkan ke tarikh lain sementara menunggu laporan kimia dan psikiatri.
Pada 15 Feb lalu, remaja itu dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya di sebuah rumah di Seri Bandi antara 7 dan 9 pagi 8 Feb, dan tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, bagaimanapun pesalah di bawah 18 tahun tidak boleh dihukum mati mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-kanak 2001, dan hukuman itu akan digantikan penjara bagi suatu tempoh yang ditentukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang Dipertua Negeri, bergantung kepada tempat kesalahan dilakukan.
Pada 13 Mei lalu, remaja berumur 15 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dan seorang penjamin warga tempatan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya sementara menunggu perbicaraan kes.