Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri maut dikelar di Serian

Kejadian membabitkan warga asing itu berlaku di ladang sawit, di Melikin, Serian.

Sepasang suami isteri masing-masing berusia 44 dan 47 tahun ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk, di sebuah rumah pekerja, di Melikin, Serian.
PETALING JAYA:
Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian, Sarawak.

Ketua Polis Serian Aswandy Anis, berkata mangsa masing-masing berusia 44 dan 47 tahun dan merupakan warga Indonesia.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam, semalam, selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang berkenaan.

“Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut kes masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.