Kaedah, mekanisme RUU sumbangan politik perlu diteliti, elak ‘flip flop’, kata Hamzah

Kaedah, mekanisme RUU sumbangan politik perlu diteliti, elak ‘flip flop’, kata Hamzah

Menteri Dalam Negeri itu berkata penelitian kaedah dan mekanisme penguatkuasaan RUU itu perlu diketuai oleh satu pasukan pakar.

Hamzah Zainudin berkata, penelitian terhadap kaedah dan mekanisme pelaksanaan RUU sumbangan politik penting bagi memastikan ia efektif untuk jangka panjang.
KAJANG:
Kaedah dan mekanisme pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) sumbangan politik perlu diteliti sebelum ia diluluskan, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, perkara itu amat penting bagi memastikan undang-undang itu efektif untuk jangka panjang serta mengelak berlaku kelonggaran.

“Sesuatu yang hendak kita lakukan, kita tidak boleh ada ‘flip flop’, sekarang boleh guna, esok tak boleh guna. Biar kita boleh pastikan RUU itu boleh digunakan sampai bila-bila,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Mobile Recovery Treatment (MRT) bagi Program Rawatan Dan Pemulihan Penagihan Dadah AADK (MRT AADK), di sini.

Hamzah berkata, penelitian kaedah dan mekanisme penguatkuasaan RUU itu perlu diketuai oleh satu pasukan pakar.

“Sesuatu yang kita lakukan dari segi polisinya baik tapi dari segi perinciannya harus diberikan kepada suatu pasukan bukan hanya daripada AGC (Jabatan Peguam Negara), agensi tetapi juga dalam kalangan mereka yang berpengalaman,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bermesyuarat mengenai cadangan pPelaksanaan dasar penggubalan RUU sumbangan politik yang turut disertai Hamzah.

Selepas mesyuarat itu, Perdana Menteri, Ismail Sabri mengumumkan skop dasar bagi RUU baharu berkaitan pengawalseliaan sumbangan politik dipersetujui untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Kata Ismail, RUU itu perlu dibawa untuk perbincangan dengan ahli Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum mengadakan sesi libat urus dengan parti politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.