
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor M Kumarasan berkata, mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.
“Berdasarkan siasatan, mereka bukan sahaja menyimpan barangan jualan di dalam longkang kawasan berkenaan, malah dipercayai menyimpannya di belakang kedai haiwan peliharaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut merampas 12 kotak putih mengandungi 50 balang berisi jeruk mangga dan jambu.
“Tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen serta Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (166/59),” katanya.
Menurut Kumarasan, berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, segelintir penjaja masih tegar dan berani menjalankan aktiviti perniagaan walaupun polis kerap menjalankan operasi.