Tempoh proses mohon warganegara ditentukan kerajaan pusat, bukan negeri, kata menteri

Tempoh proses mohon warganegara ditentukan kerajaan pusat, bukan negeri, kata menteri

Perkara tersebut terletak bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, kata Fatimah Abdullah pada sidang DUN hari ini.

Jawatankuasa Khas bagi Status Kewarganegaraan ditubuhkan pada 2016 bagi memudahkan pertimbangan permohonan kerakyatan yang diterima di Sarawak, kata Fatimah Abdullah. (Gambar Reuters)
KUCHING:
Kerajaan Sarawak tidak dapat menentukan tempoh untuk memproses permohonan kewarganegaraan kanak-kanak tanpa kerakyatan di negeri itu kerana perkara tersebut terletak bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Fatimah Abdullah berkata, walaupun menjadi hasrat kementeriannya untuk melihat proses itu disegerakan, ia dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan perkara itu tidak dibincangkan di bawah penurunan kuasa sekarang.

“Isu kewarganegaraan walaupun merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) serta Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui untuk menjadi perkara persekutuan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ding Kuong Hiing (GPS-Meradong) pada sidang DUN hari ini.

Ding ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang untuk mempercepatkan proses menangani isu kanak-kanak tanpa kerakyatan selain hanya mengeluarkan dokumen sementara kepada mereka berikutan penubuhan semula Jawatankuasa Khas bagi Status Kewarganegaraan.

Fatimah berkata, jawatankuasa khas itu ditubuhkan pada 2016 bagi memudahkan pertimbangan permohonan kerakyatan yang diterima di Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.