
Memetik laporan Harian Metro, Tajuddin yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengesahkannya sendiri, seperti dilapor sebuah portal berita, hari ini.
Berhubung pelantikan itu, jurucakap di Pejabat Perdana Menteri turut mengesahkan Tajuddin mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, hari ini.
“Ya..ada,” katanya ringkas tanpa memperincikan lebih lanjut urusan perjumpaan antara kedua-dua pemimpin itu.
November lalu, Tajuddin, 74, pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja perdana menteri ke Indonesia bertemu Presiden Joko Widodo.
Jawatan duta besar Malaysia di Indonesia kini kosong dengan yang terakhir disandang Zainal Abidin Bakar yang merupakan lantikan politik terakhir semasa pentadbiran Najib Razak.