30% kanak-kanak lengkap divaksin

30% kanak-kanak lengkap divaksin

Bagi remaja 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4%) lengkap vaksinasi, manakala 3,002,852 (96.5%) daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,646,257 atau 46.4% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seramai 1,063,569 atau 30% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4%) lengkap menerima vaksinasi, manakala 3,002,852 (96.5%) daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3% orang dewasa menerima dos penggalak, manakala 22,971,246 (97.6%) lengkap dua dos dan 23,247,211 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebanyak 70,689,336.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.